TAJAU
1. KEPERCAYAAN TAJAU
i) petanda keluarga yang kaya dan banyak harta
ii) petanda keluarga itu adalah waris wira
iii) untuk guna-guna e.g. guchi
2. KEGUNAAN TAJAU DAHULU
i) untuk bayaran pati’ nyawa (sebagai tanda mohon maaf kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan seperti mangsa yang tertembak kerana di sangka sebagai binatang buruan.)
ii) untuk membeli hamba (slave)
iii) untuk pemberian/cenderamata kepada anak angkat
di majlis Gawai Betembang anak angkat/hamba
iv) harta warisan
v) sebagai tanda kubur
vi) bekas untuk menyimpan tulang mayat
vii) untuk bayaran denda
viii) untuk upahan manang/lemambang (kurung semengat), wira yg minium jalung masa Gawai Antu
ix) untuk Bungkung tiang sandung masa Gawai Burung
x) untuk Pugu Bungai di majlis Serara Bungai
xi) bekas untuk memproses air tapai (tuak) masa fermentation
xii) sekarang tajau hanya untuk hiasan
3. JENIS-JENIS TAJAU
1. menukul
2. Jabir
3. panding
4. Alas
5. rusa
6. Menaga
7. ningka
8. Sigieu
Jenis-jenis tajau di atas merupakan tajau-jayau yang diguna untuk bayaran denda/atau upahan.
Tajaus used in the Iban Legal System.
9. guchi
10. Singaraja
11. Kelawah indu benda (tajau legenda)

4. PENEMPATAN
Biasanya tajau ditempatkan diruang tamu
5. PANTANG LARANG
Tajau-tajau mesti ditutup dengan tudung, supaya tidak dimasuki oleh benda-benda halus seperti antu buyu’ – evil spirit. Tajau guna-guna seperti guchi, singaraja dll hendaklah diberi piring food offering setiap anakbulan.
6. LEGENDA-LEGENDA TAJAU
i) Serapoh nyanda bunuh ngema menanduh menaga bujang
ii) Kurung Alas bepemaika tajau alas
iii) Sendi belaki napatka Guang bepemaika 9 igi tajau
7. GUNAAN TAJAU UNTUK AKTIVITI PENGHUNI RUMAHPANJANG.
i) di majlis Gawai Burung diguna untuk bungkung tiang sandung
ii) di majlis Gawai Antu untuk upahan wira yg ngirup ai jalung dan ai buluh
iii) di majlis Serara Bungai untuk pugu bungai dan upahan manang
iv) di majlis Gawai Sandau Hari untuk lemambang menempatkan tungkat lemambang.
8. KOLEKSI TAJAU OLEH INDIVIDUAL
Selepas masa ngayau – head hunting di Sarawak, orang Iban mula merantau mencari harta seperti barang-barang yang dibuat dari perak seperti barang kemas dan tembaga seperti gong, bedil. Harta yang menjadi niat seorang perantau ialah tajau.
9. ASAL-USUL TAJAU
i) Asal tajau adalah dari negera China dan dibawa oleh pedagang ke Pulau Kalimantan (Borneo)
ii) dirampas dari rumah panjang musuh (dikenali sebagai tajau perapasan)
iii) oleh perantau membeli dari pedagang Cina/Melayu
10. GAWAI TAJAU
Setelah tibanya perantau yang ada membeli tajau untuk dibawa pulang ke rumah panjangnya, beliau akan buat satu majlis miring dan kira sebulan selepas itu akan buat Gawai Tajau. Gawai Tajau adalah penting kerana sebiji tajau menaga ditarafkan sebagai nyawa seorang manusia. Jika seorang perantau yang telah membeli sebiji tajau untuk dibawa pulang ke rumah panjang, beliau dikenal sebagai seorang perantau yang murah rezeki dan membawa pulang seorang hamba atau sebiji kepala musuh.

11. Asal usul orang Iban gemarkan tajau.
Satu ketika dahulu, seorang ketua kaum Iban yang benama Serapoh. Anak Serapoh tiga orang telah dibunuh musuh. Untuk upacara habis masa bekabung “ngetas ulit” untuk anaknya, Serapoh hendak mengunakan kepala manusia, masa itu adat ngayau tidak ada lagi. Jadi untuk mendapatkan sebigi kepala manusia Serapoh membawa sebiji tajau menaga ke sebuah rumah panjang. Di rumah panjang itu Sarapoh memberitahu penududuknya, beliau hendak seorang anak untuk dibawa beliau pulang sebagai anak angkat dan dia akan memberi sebiji tajau menaga kepada emak-bapa anak itu. Satu keluarga setuju Sarapoh mengangkat seorang anak. Serapoh pulang membawa anak angkat beliau itu, sampainya beliau di satu tempat Sarapoh memengal kepala anak itu. Kepala anak it terus dibawa beliau pulang ke rumahpanjangnya untuk diguna dalam upacara “ngetas ulit”. Mulai dari masa itu tajau menaga dikenali sebagai sama harga dengan harga nyawa seorang manusia.
Satu lagi legenda Iban yang ada kena mengena dengan tajau.Seorang Iban benama Kurong Alas minta sebiji tajau kepada emaknya untuk dibawa beliau merantau. Tajau itu dikenali sebagai tajau ‘pemai’ atau tajau perwaris. Hasil dari legenda itu, seorang lelaki Iban yang bercerai dengan isteri yang mempunyai anak lelaki akan memberi anak itu sebiji tajau pemai. Dan tajau yang dikenali sebagai tajau alas diguna untuk membayar hukuman.
Satu lagi legenda, iaitu legenda tentang seorang perempuan benama Sendi yang pergi merantau untuk mencari seorang lelaki benama Guang. Pada satu malam Sendi telah bermimpi, dalam mimpinya dia suruh oleh Kumang berkahwin degan seorang lelaki yang benama Guang. Sendi pergi merantau membawa Sembilan orang hamba lelaki dan Sembilan orang hamba perempuan pergi merantau denga perahu. Perahu itu dikajang dengan pua turunan seorang perwira. Dari Sungai Sadong mereka berkayuh pergi ke Sungai Skrang dan sampai di sebuah rumahpanjang di Nanga Enteban, iaitu rumahpanjang lelaki yang benama Guang. Mereka berkahwin dan pada malam majlis perkahwinan itu Sembilan orang hamba lelaki dan Sembilan orang hamba perempuan ‘ditebus’ dengan upacara ‘betembang’. Mereka terus berkahwin dan setiap sepasang suami-insteri dihadiahkan sebiji tajau oleh Guang dan Sendi. Sudah ditembang taraf mereka adalah sama dengan orang lain.

Iban nguna ka tajau sebagai tukaran matawang. Adakah iban sendiri tidak tahu membuat tajau?
ReplyDelete