Pemandangan Rumah Panjang Mewah di Bintulu Sarawak

Rumah Panjang Jangu Tahir yang terletak di KM15 Jalan Ulu Sebauh, Bintulu Sarawak ternyata menyerlahkan kemodernan pembinaan rumah panjang, .BACA AGI.

Perjanjian 1963: S'wak hantar peguam ke London.

Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 .. Mengikut BACA AGI

7 perkara ke narit hati kitai tentang khidmat bot express ba Sibu –Kapit , Sarawak.

Bala kitai ke tinggal ba bhagian Kapit, Sarawak agi ngarap pejalai ngena aie kena sida ia ulih keluar masuk ke bandar ke semak alai sida ia baka Bandar Sibu.BACA AGI

Ikan Empurau, RM1800 Sekilo!

Harga ikan ini dianggarkan RM1800 sekilo, sekaligus menjadikan ia sebagai ikan air tawar termahal di Malaysia BACA AGI.

Badang Kapit

Ngagai sida ke baru kala datai ba Bahagian Kapit, Sarawak, sida sigi terkenyit enti meda BACA AGI..

Showing posts with label empurau. Show all posts
Showing posts with label empurau. Show all posts

Saturday, June 17, 2017

Ikan Empurau, RM1800 Sekilo!


Bagi pengunjung yang berpeluang ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) diadakan bulan Disember tahun lepas, di Serdang, Selangor sudah tentu berpeluang melihat sendiri ikan empurau – Raja Ikan Sungai.
Harga ikan ini dianggarkan RM1800 sekilo, sekaligus menjadikan ia sebagai ikan air tawar termahal di Malaysia.
Bagi pasaran di Sarawak pula, harganya adalah diantara RM800 – RM1000 sekilo. Harga ini hanya bagi ikan empurau liar sahaja. Manakala bagi ikan empurau yang diternak, harganya adalah jauh lebih rendah dan bergantung pada saiz ikan berkenaan.
Selain permintaan yang tinggi terhadap ikan empurau, harganya yang melambung tinggi juga disebabkan ikan ini amat sukar didapati atau ditangkap.
Ini kerana habitat ikan empurau liar memerlukan persekitaran air yang sejuk, air sungai yang bersih, dan berarus cepat. Hanya di kawasan hulu sungai di Sarawak ada kondisi sebegini.
Empurau liar juga memakan buah-buahan sungai seperti “engkabang” yang menjadikan daging dan lemaknya mempunyai aroma harum yang tersendiri apabila dimasak.