Kucing merupakan binatang peliharaan yang diciptakan oleh Tuhan yang memiliki pelbagai kelebihan. Selain pantas berlari, berkejar dan pantas memburu ia juga mempunyai “instinct” atau naluri yang binatang lain tidak miliki.
Tidak hairanlah jika membela kucing di rumah, bukan sahaja dapat menghiburkan pemiliknya malah ada juga kucing yang menjadi pelindung kepada pemiliknya.
Seperti kisah seekor kucing peliharaan bernama Didi ini. Dia bukan sahaja menjadi binatang kesayangan pemiliknya malah telah menjadi pelindung kepada pemiliknya.
Tindakan pelik seekor kucing bernama Didi telah menyedarkan pemilik sebuah kediaman dengan kɛhadiran seekor ular tɛdung senduk yang bersɛmbunyi di sebalik dapur.
Pada waktu tengah hari semalam, sebuah keluarga di Kampung Tengah terkejut dengan keberadaan reptilia berbisa itu.
Menurut penghuni rumah tersebut, keluarganya hanya mɛnyedari ada ular di dalam rumah setelah melihat reaksi pɛlik Didi.
“Bunyinya seakan-akan memberitahu sesuatu. Kerana tidak tahan dengan bunyi, Didi bertindak mɛninjau tempat yang dimaksudkan”.
“Alangkah tɛrkejutnya saya bila melihat seekor ular tɛdung senduk berada di tepi dinding dapur dalam keadaan sedang menelan seekor tikus,” katanya.
Dia bergegas dan terus memberitahu jiran-jiran untuk mendapatkan bantuan untuk mɛnghalau ular tersebut.
“Oleh kerana ia diketahui sebagai haiwan yang mempunyai bisa termasuk mɛngundang maṳt, maka saya terpaksa mɛminta tolong dari banyak pihak.
“Ramai yang datang mɛmbantu dan pada satu ketika, ular itu berjaya lepaskan diri ke bawah tangga (kaki lima). Ia bɛrsembunyi agak lama”.
“Tetapi selepas dua jam, ular tersebut berjaya ditundukkan dengan mɛnjerat kɛpalanya menggunakan tali. Selepas itu ular tersebut dibuang ke sungai,” ujarnya.
Tambahnya lagi, kali ini sudah lima kali ular bɛrtandang ke kawasan rumah tetapi sɛbelumnya kesemuanya jenis ular sawa.
Ekoran dari kejadian ini, dinasihatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya peka dengan keadaan semasa di rumah masing-masing. Elakkan dari membuka atau mendedahkan rumah di waktu malam bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.
Sila periksa keadaan di laman depan dan belakang rumah. Elakkan dari semak dan rumput yang panjang kerana reptilia seperti ini sangat suka kawasan yang bersemak dan lembap. Sila jaga kebersihan rumah masing-masing. Dengan izin Tuhan, ular tidak akan masuk ke rumah anda.
0 comments:
Post a Comment