Sunday, June 11, 2017

Pesta Gawai & Kaamatan di Pulau Pinang, 13 Mei 2017


Pesta Gawai dan Kaamatan Peringkat Negeri Pulau Pinang akan berlangsung pada 13 Mei 2017 (Sabtu) di Fort Cornwallis bermula pukul 6.00petang hingga 10.30malam.

Pentas sambutan Pesta Gawai & Kaamatan tahun lepas

Pesta Gawai & Kaamatan tahun ini adalah sambutan tahun ketiga di Pulau Pinang, setelah ia mula diadakan pada tahun 2015 dan 2016.
Ia adalah inisiatif oleh kerajaan negeri dengan kerjasama gereja-gereja serta komuniti Sabah dan Sarawak.

Antara persembahan kebudayaan Sabah – Pesta Gawai Kaamatan 2016
Persembahan kebudayaan Sarawak – Pesta Gawai Kaamatan 2016

Bersempena dengan sambutan Pesta Gawai & Kaamatan, pelbagai jenis makanan Sabah dan Sarawak akan dihidangkan oleh pihak penganjur secara percuma kepada para tetamu pada hari tersebut.
Antara masakan tradisi Sabah dan Sarawak yang dimaksudkan adalah seperti Laksa Sarawak, Kolo Mee, Ayam pansuh, Busou, Hinava, Rojak Bihun dan sebagainya.
Selain menjamu selesa, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian etnik dari pelbagai kaum, Sugandoi, dan Kumang Keling/Unduk Ngadau yang menjadi acara utama pada malam tersebut.
Pesta Gawai & Kaamatan Peringkat Pulau Pinang
  • Tarikh : 13 Mei 2017 (Sabtu)
  • Tempat : Fort Cornwallis, Pulau Pinang
  • Masa : 6.00pm – 10.30pm

0 comments:

Post a Comment