- Sebuah filem aksi lakonan Tom Hardy berjudul VENOM telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia
- Venom merupakan watak anti-hero atau lebih mudahnya antagonis yang terjadi kerana jangkitan symbiote yang merupakan organisme yang berasal dari luar angkasa.
Salah satu kelebihannya, symbiote ini dapat memulihkan fizikalnya setelah mengalami kerosakan dalam masa yang sangat cepat. Symbiote boleh meresap ke dalam badan manusia dan melekat dalam anggota tubuh. - Filem Venom keluaran Sony Pictures yang berdurasi 1 jam 53 minit ini telah diarah oleh Ruben Fleischer turut menampilkan Michelle Williams, Riz Ahmed, Scott Haze dan Reid Scott sebagai pelakon utama.
- Sinopsis filem Venom
- Filem ini menceritakan tentang Eddie Brocke (Tom Hardy), seorang wartawan yang mengkaji satu kes tentang satu penemuan baru yang diketuai oleh Dr. Carlton Drake (Riz Ahmed). Dari penemuan makhluk ciptaan Dr Carlton itu, Eddie telah diserang dan dihanyuti dengan organisme yang dinamakan symbiote yang dapat menyatu dengan tubuh manusia untuk membentuk super-human.
- Kemudian Eddie pun terjangkiti salah satu makhluk ciptaan Dr. Carlton Drake. Dalam kondisi terjangkiti organisme asing dalam tubuhnya, Eddie bertarung melawan si makhluk dan orang-orang yang mengejarnya. Eddie berusaha menggunakan kekuatan yang dimiliki untuk kebaikan bukan kejahatan. Namun, semakin lama ianya nampak luar biasa… nantikan kisah selanjutnya.
- Bagi mereka yang sudah menonton filem Venom pasti terkejut kerana adegan pembukaan filem ini memaparkan Malaysia!
- [AMARAN: Spoiler bagi pembukaan filem di bawah!]
- Filem ini dibuka dengan roket Yayasan LIFE yang terhempas ke dalam hutan, membolehkan salah satu symbiote yang dibawanya keluar dari kanister.
Kemudian dipaparkan bahawa hutan tersebut adalah sebahagian daripada Hutan Simpanan Borneo yang terletak beberapa batu dari Sibu, Sarawak.
Seorang pegawai EMT wanita (di bawah), yang dimainkan oleh aktres Amerika, Michelle Lee, juga dipaparkan bercakap beberapa baris dalam bahasa Melayu (dengan loghat Indonesia sedikit).
- Sudah menjadi norma rakyat kita, apabila disebut sahaja nama Malaysia, lebih-lebih lagi dalam filem antarabangsa, pasti akan teruja dan disorak dengan penuh semangat!
- Itu bukan satu-satunya adegan yang dikatakan berlaku di Malaysia. Satu lagi peristiwa penting turut berlaku di sebuah pasar malam di “kampung Malaysia” di Sarawak.
- Secara dasarnya lokasi tersebut langsung tidak kelihatan seperti pasar malam yang selalunya kita nampak di Malaysia. Reka bentuk set tersebut hanya dilengkapi dengan lampu tanglung tradisional Cina dan gerai-gerai yang memaparkan karakter berbangsa Cina.
Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan melihat bahawa belakang jaket pegawai EMT juga menggunakan huruf-huruf dari bahasa Cina.
- Adegan terakhir di Sarawak berlaku dalam apa yang dipaparkan sebagai Lapangan Terbang Sibu. Reka bentuk set tersebut kelihatan seperti lapangan terbang tersebut sebelum ianya diubah suai.
Pemandangan Rumah Panjang Mewah di Bintulu Sarawak
Rumah Panjang Jangu Tahir yang terletak di KM15 Jalan Ulu Sebauh, Bintulu Sarawak ternyata menyerlahkan kemodernan pembinaan rumah panjang, .BACA AGI.
Perjanjian 1963: S'wak hantar peguam ke London.
Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 .. Mengikut BACA AGI
7 perkara ke narit hati kitai tentang khidmat bot express ba Sibu –Kapit , Sarawak.
Bala kitai ke tinggal ba bhagian Kapit, Sarawak agi ngarap pejalai ngena aie kena sida ia ulih keluar masuk ke bandar ke semak alai sida ia baka Bandar Sibu.BACA AGI
Ikan Empurau, RM1800 Sekilo!
Harga ikan ini dianggarkan RM1800 sekilo, sekaligus menjadikan ia sebagai ikan air tawar termahal di Malaysia BACA AGI.
Badang Kapit
Ngagai sida ke baru kala datai ba Bahagian Kapit, Sarawak, sida sigi terkenyit enti meda BACA AGI..
Saturday, October 6, 2018
Rakyat Malaysia Sangat ‘Excited’ Sarawak Mainkan Peranan Penting Dalam Filem ‘Venom’
Friday, September 21, 2018
CERITA LUCU 18SX
GoLebuh begulai enggau Guro Kiai... Lalu keluar cherita kelulu pasal siku laki Iban ti jadi enggau bansa Penan. Bakatu cherita ia....
Nyadi sekali, lebuh Anjang nemuai ngagai menua entua ia, dia ia dibai entua ia ngasu. Sekali lebuh seduai ia mudik, dia dih seduai ia bepansa enggau seraban babi babas nyemerai meraka sungai. Laban ke sikar agi, jampat mih Anjang nangkap siku babi nya ti jelan ia pemesai. Ketegal entua ia ti ngemudi perau, nya mih entua ia meri jaku peransang...
"4mput igat... 4mput... 4mput jampat-jampat!"
Lama tudah Anjang ngenung... Nyau enda liat ati entua ia meda tudah Anjang nyau baka empelekung mabuk ambuh, dia dih entua ia merak tudah tuai...
"Ndaiiiii lapa nuan tegenung igat, 4mput jampat mih babi nya! Nama utai danti nuan agi!"
Sekali Anjang nyau enda tan agi... Tak empalung ke ia tudah babi nya lalu merak entua ia...
"Ti nuan ka, nuan ng4mput ia apai! Umur aku tu idup, enda kala aku ng4mput babi! Nya alai ti jadi enggau anak nuan!".
Tak sepanjai jalai seduai ia belaya betalat ke sapa salah ketegal siku babi nya. Entua ia bejaku Penan, ia nimbal ngena jaku Iban!
Ya mih datai ba rumah, alit ati bini ia lalu nanya tudah Anjang...
"Lapa seduai apai belaya lu?"
Pandak saut Anjang...
"Enggai jadi enda belaya aaa, maya bulih babi babas tadi, ngeringak tudah aku masung babi nya, angkat aku dasuh apai nuan ng4mput babi nya! Kemaya apai aku tu kala ng4mput babi!".
Engkakah bini ia ketawa lalu nyaut...
"Dih lu, 4mput ba jaku kami Penan ukai reti beleman! 4mput reti ia TANCHANG!".
Lelesey tudah Anjang! Baru nemu bini diri, entua diri bansa Penan! Berumban tudah tuai ngiga entua laki ia...
"Apai, udah tu, ti nuan ngasuh aku ng4mput babi, d4mput aku mih apai au!".
Laban ke agi ringat, nimbal tudah entua ia...
"Nadai ampun-ampun tu, babi lepas, jari bau tai! Nyin babi ujung bilik d4mput nuan! Jera beli!".
Hahahahahaha... Naka tu aja cherita kelulu aku ti dikunsi ke Guro Kiai au! Taja mua ia serius, tang ti ngaga cherita kelulu, anang ngelaban ia aaa, hahahahahaha... Nya aja, ila cherita baru... Tata titi tutu...
Word of the day... 4MPUT=TANCHANG!
"Dikelala buah ari langgu, dikelala bansa ari jaku!"
=======================================
Friday, September 14, 2018
Serah ‘lesen terbang’
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya mempunyai data mengenai pemegang-pemegang lesen memandu tersebut selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu sindiket pengeluaran lesen memandu tanpa prosedur sah baru-baru ini, melibatkan 12 pegawai dan anggota JPJ.
“Sekarang kami beri peluang untuk mereka serah balik lesen kepada JPJ, tampil ke depan menjadi saksi pendakwaan bahawa anda beli dari siapa, kami tidak akan mengambil tindakan kalau anda datang secara sukarela.
“Tetapi jika dalam sebulan, anda tidak tampil ke hadapan, mana-mana pihak yang memegang lesen memandu tanpa mengikut prosedur ditetapkan, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, hukuman minimumnya denda RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar di selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Logistik Kebangsaan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Anthony berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan memalsukan maklumat menerusi Prosedur Penukaran Lesen Memandu Luar Negara bagi mengeluarkan lesen memandu terbang yang dijual pada harga antara RM2,000 dan RM3,500.
Katanya, sindiket yang mengeluarkan ‘lesen memandu terbang’ bagi kelas D (kereta) itu berani mempromosikan kegiatannya secara terang-terangan dalam media sosial dan pelanggan-pelanggannya tidak memiliki pun lesen memandu luar negara mahupun pernah berada di luar negara.
Ujarnya, tangkapan yang dilakukan SPRM setakat ini melibatkan pegawai dan anggota JPJ di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak namun pihaknya tidak menolak kemungkinan siasatan oleh SPRM akan membawa lebih banyak tangkapan.
“Kita memang serius membanteras kes rasuah dan salah guna kuasa dalam agensi kerajaan, walaupun mereka masih belum didakwa, tetapi kementerian ini ada hak untuk menahan kerja mereka,” katanya.
Jelas beliau, bagi membendung gejala berkenaan, pihaknya tidak lagi membenarkan Prosedur Penukaran Lesen Memandu Luar Negara dilakukan di pejabat JPJ cawangan sebaliknya perlu dibuat di pejabat JPJ negeri.
Katanya, sindiket yang menyasarkan warga tempatan dan warga China yang berada di Malaysia itu telah mengakibatkan ketirisan hasil negara serta kerugian kepada institut-institut pemandu selain turut menghasilkan pemandu-pemandu tidak kompeten dan membahayakan keselamatan jalan raya.
Tuesday, September 11, 2018
Awas Jangan Terlalu Gembira Mandi Di Sungai, Makhluk Tuhan Ini Mampu Ragut Nyawa Anda Sekelip Mata!
Awas Jangan Terlalu Gembira Mandi Di Sungai, Makhluk Tuhan Ini Mampu Ragut Nyawa Anda Sekelip Mata!
Jadi Ada Beberapa Langkah Awal Yang Perlu Di Ambil Sebelum Melakukan Aktiviti Mandi Manda Dan Berkelah
- Jangan Pergi Ke kawasan Yang terlalu Dalam Jika Membawa Anak Kecil
- Perhatikan Keadaan di sekitar kawasan perkelehan Cuaca mendung atau hujan
- Pilih Kawasan Yang Cetek Dan agak Berbatu
- Alakkan Naik ke Kawasan Air Terjun Jika Cuaca mendung
- lihat Warna Air Jika warna Gelap dan kehijauan Pasti Airnya Dalam
- Pastikan Jugak Keadaan Pasir Yang Tidak Terlalu Licin atau Jerlus
- pilih tempat yang ramai orang
- Sukat Paras Air Dengan Pacakkan sebatang Kayu jadi Anda Akan Lebih Berwaspada Jika Paras Air Secara Tiba-tiba Meningkat Dan Jangan Berkelah Di musim Tengkujuh
- Buat Carian Tentang Kawasan Berkelah Itu Selamat Ataupun Tidak
Fenomena Kepala Air Dan Tanda Tanda Awal
Berikut Adalah Tanda-Tanda Awal Kepala Air Yang Wajib Anda Perhatikan Ketika Mandi
1. Air mula berbuih halus (macam buih air kencing)
2. Terdapat banyak daun2 atau rumput segar bersama aliran air.
3. Air bertukar dari warna asal (hijau- coklat)
4. Terdengar bunyi-bunyi berlanggar (letupan2 kecil).
5. cuaca mendung atau mulai hujan (kita tak tahu kalau atas bukit dan hujan dulu)
~Jika berlaku tanda-tanda di atas, bersedialah utk beredar Atau Naik Ke darat Secepat Mungkin Kerana Lambat Sesaat Mungkin Membawa Padah.
Pesawat, jet peribadi diguna seludup masuk wang
Pesawat, jet peribadi diguna seludup masuk wang
KUALA LUMPUR: Pesawat atau jet persendirian yang ada kaitan dengan pemimpin atau orang kenamaan dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk wang tunai dalam jumlah besar ke negara ini.
Ia berikutan kelonggaran penguatkuasaan dan pemeriksaan yang diberikan kepada pesawat persendirian yang ada kaitan dengan golongan berstatus pemimpin, pegawai tinggi kerajaan atau individu yang ada kaitan dengan mereka.
Ia diburukkan lagi apabila mesin pengimbas di laluan keluar lapangan terbang jarang diguna untuk memeriksa bagasi atau barangan dibawa penumpang pesawat atau jet persendirian terbabit sehingga wang jutaan ringgit mampu diseludup keluar atau masuk tanpa pemeriksaan rapi.
Dipercayai, modus operandi itu juga diguna untuk membawa masuk RM49 juta (AS$12 juta) dari luar negara pada April lalu oleh sebuah agensi ada kaitan dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika pentadbiran terdahulu untuk tujuan politik termasuk bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bekas Ketua Operasi Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, mengakui membawa masuk wang dari luar negara melalui pesawat peribadi oleh kenamaan atau individu ada kaitan dengan mereka sudah menjadi perkara biasa.
“Aktiviti ini sudah lama dan diketahui pelbagai pihak termasuk agensi penguatkuasaan, namun tidak berjaya dibendung. Undang-undang berkaitan pengubahan wang haram di negara kita ketat, jadi pihak terbabit akan guna apa sahaja cara untuk bawa masuk wang tunai melebihi had dibenarkan.
“Apabila pesawat peribadi mendarat di lapangan terbang dan orang kenamaan atau individu ada kaitan dengan mereka membawa keluar bagasi, penguatkuasaan ketat tidak akan dilaksanakan dan ini berlaku setiap masa.
"Ia juga punca kes lambakan wang asing khususnya dolar Amerika Syarikat di negara kita," katanya sambil menambah, sudah sampai masanya aktiviti berkenaan didedahkan kepada umum dan dihentikan.
Shahul Hamid berkata, kelemahan pemeriksaan di bahagian pintu masuk lapangan terbang menjadi punca sistem itu dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab walaupun sudah ada pegawai penguat kuasa yang cukup serta alat pengimbas canggih.
Imbas bagasi penumpang kenamaan
Sehubungan itu, katanya, sudah sampai masanya kerajaan memandang serius aktiviti menyeludup masuk wang melebihi had ke negara ini kerana kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini hanya sebahagian daripada aktiviti itu.
"Kastam harus periksa dan mengimbas setiap bagasi atau barangan penumpang walaupun mereka berstatus kenamaan atau individu penting. Jangan kerana mereka pegawai tinggi atau orang kenamaan, mereka dilepaskan tanpa pemeriksaan rapi dan sepatutnya," katanya.
BH difahamkan penggunaan pesawat peribadi untuk menyeludup masuk wang tunai ke negara ini serius dan kerajaan kini hanya mengehadkan nilai wang boleh dibawa masuk terhad AS$10,000 (RM41,000) setiap seorang.
Jika lebih had berkenaan, ia perlu diisytihar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) seterusnya perlu mendapat kelulusan Bank Negara. Namun, biasanya status sebagai pemimpin atau individu ada kaitan dengan mereka membolehkan pihak terbabit mengelak tindakan berkenaan.
BH mendedahkan wang ratusan juta ringgit yang disyaki ada kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercayai masih disimpan di luar negara, terutama di Asia Barat.
Ia susulan siasatan terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendapati agensi dikenali Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) disyaki antara yang bertanggungjawab membawa masuk wang tunai secara `rahsia' ke Malaysia.
Hasil siasatan juga tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan pegawai MEIO dipercayai dihantar ke sebuah negara dipercayai di Asia Barat untuk mengambil dan membawa masuk wang dari dana terbabit pada April lalu.
sumber dan kredit : https://www.bharian.com.my/bhbongkar/2018/09/472257/pesawat-jet-peribadi-diguna-seludup-masuk-wang#cxrecs_s
Oleh Ilah Hafiz Aziz
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my